Tiada kemasukan RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS – Sumber SPRM



Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS.

Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke atas dakwaan yang mengatakan pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) PAS," kata pegawai yang rapat dengan siasatan kes berkenaan.



Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Cubaan untuk mendapatkan ulasan dan perkembangan terbaru berhubung kes itu dari pegawai atasan SPRM tidak berhasil.


Difahamkan, pegawai SPRM bersifat lebih tertutup berhubung siasatan berkenaan selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata beliau tidak mahu sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Rabu lalu, SPRM dalam kenyataan medianya mengesahkan memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan.

Laporan itu, yang menurut SPRM dilaporkan oleh orang awam, dibuat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah ke atas Sarawak Report.



Saman berkenaan berhubung laporan portal Sarawak Report pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada parti berkenaan.

Turut didakwa bahawa dana berkenaan kemungkinan datang dari 1MDB.

Sejak siasatan bermula, SPRM dilaporkan telah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Anggota Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : 'Saya tak pernah bayar RM90 juta kepada Hadi, PAS' – Najib
Tiada kemasukan RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS – Sumber SPRM Tiada kemasukan RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS – Sumber SPRM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...