TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih



Pusat membeli belah Tesco di Semenyih sebentar tadi dipenuhi oleh penduduk apabila kesemua mereka ingin datang bertemu dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bermula dari luar tesco lagi penduduk Semenyih telah menunggu Ahli Parlimen Pekan itu.

Sambutan luar biasa dari penduduk Semenyih itu mungkin tanda positif di mana ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mula menyedari kesilapan mereka menjatuhkan pemimpin negara yang banyak berjasa itu.



Jeritan 'Apa malu bossku' dilaungkan oleh mereka yang hadir dan rata-rata tidak melepaskan peluang untuk berselfie dengan beliau.

Apabila ditanya tujuan Najib ke pusat membeli belah itu, dengan berseloroh beliau menjawab di akaun facebook miliknya,

"Tadi pusing-pusing Kuala Lumpur tiba-tiba rasa dahaga.

Singgah sekejap Tesco Semenyih beli air dan barang dapur.



Perlu permit tak untuk beli air?" komen Najib yang telah di-like sebanyak 26,000 kali.

Hari ini Allah mengubah hati-hati manusia yang jika dahulu membenci beliau tetapi kini semakin hari semakin rindu.

Mungkin salah satu doa Najib telah termakbul, doa orang yang teraniaya. - AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN : Saya pencuri hati rakyat, Najib jawab Azmin


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






















TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...