TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta



Di luar negara, menteri-menteri yang kantoi menipu sijil akademik akan meletak jawatan.

Sebagai contoh yang dikongsikan oleh netizen, Nabeel Naqie, tiga orang menteri dari tiga negara berlainan telah meletakkan jawatan kerana didapati menipu pencapaian akademiknya.

Pertama, Menteri Kesihatan Sepanyol Carmen Montón telah meletakkan jawatan pada hari Selasa bersamaan 11 Septemper 2018 tahun lalu (4 bulan lalu0 selepas didapati menipu memiliki Ijazah Sarjana di dalam Pengajian Disiplin Gender.

Ijazah sarjana itu didakwa diperolehi di Universiti di Madrid.



Kedua, Jitendra Singh Tomar yang memegang beberapa portfolio di dalam kerajaan Delhi, India telah meletakkan jawatan selepas didakwa dan ditahan dipenjara dengan kesalahan konspirasi jenayah, penipuan dan pemalsuan.

Tomar mendakwa memiliki ijazah di dalam undang-undang dan dengan ijazah itu beliau berjaya memegang portfolio hal-ehwal undang-undang. Beliau ditangkap berikutan aduan dari Majlis Peguam Delhi tentang kesahihan ijazah yang dimilikinya.



Ketiga, Ahli Parlimen Afrika Selatan, Pallo Jordan pernah menjadi menteri di era Nelson Mandela. Beliau terkenal dengan julukan Dr Jordan namun telah dibongkarkan oleh pihak media memalsukan sijil Doktor Falsafah (PhD).

Jordan meminta maaf kerana "menipu kerajaan dan rakyat Afrika Selatan selama bertahun-tahun selama memegang jawatan di negara itu.



Di Malaysia kita mempunyai ramai menteri dan timbalan menteri yang menipu pencapaian akademik dengan memalsukan dan membeli sijil-sijil palsu.

Bukan itu sahaja, segala manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) juga tiada satu pun ditunaikan.

Namun sehingga kini mereka masih tidak merasa malu dan masih tidak mahu melepaskan jawatan setelah terbukti menipu kerajaan dan rakyat. - AbuLeman











ARTIKEL BERKAITAN : 





Mahfuz mengaku ada ijazah sarjana di Universiti Belford

Australia-New Zealand nafi Guan Eng akauntan profesional bertauliah

TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta
TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...