'Tak bincang turun, mansuh tol Semenyih pun', kata Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya


Ni cubaan nak kencing pengundi Semenyih ke?

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Tiada perbincangan berhubung pengumuman berita gembira melibatkan tol khususnya di kawasan Semenyih, Hulu Langat, dekat sini yang akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.


Pemangku Yang Dipertua, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan perkara tersebut sama ada melibatkan penurunan kadar tol sedia ada ataupun pemansuhan tol di kawasan itu.

"Kita tidak tahu, dan kita juga tidak dipanggil untuk berbincang mengenai perkara itu. Jadi kita perlu tunggu apakah pengumuman tersebut dan bagaimana bentuknya.


"Buat masa sekarang ini, semua industri lebuh raya Malaysia menjurus kepada kerjasama antara pihak konsultan lantikan kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai hala tuju masa depan industri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kerajaan membayangkan satu berita gembira mengenai tol akan diumumkan kepada rakyat dalam tempoh terdekat. - UO

'Tak bincang turun, mansuh tol Semenyih pun', kata Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya 'Tak bincang turun, mansuh tol Semenyih pun', kata Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...