Kutipan RM202 juta Tabung Harapan itu bukan untuk bayar hutang negara – Mahathir



Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan), yang ditubuhkan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelesaikan hutang yang diwarisi daripada pentadbiran BN, berjaya mengumpul sejumlah RM202,716,775.10.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah tersebut diperolehi sebaik sahaja ia ditutup pada 14 Jan lalu, selepas dilanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu.

Menurut Lim, keputusan melanjutkan tempoh pemberian sumbangan itu dibuat oleh jemaah menteri pada 2 Jan lalu susulan maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia.

"Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutuan,” katanya.



Bagaimanapun memetik laporan The Malaysian Insight, menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, inisiatif kutipan Tabung Harapan ini hanya merupakan simbolik untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia sahaja. Ia bukan bertujuan untuk membayar hutang KERAjaan PH.

Kenyataan Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Kewangan dan bertentangan dengan tujuan asal Tabung Harapan yang pada awalnya dikatakan untuk membantu KERAjaan PH membayar hutang negara yang didakwa telah mencecah RM1 trilion.

Persoalannya, ke mana atau bagaimanakah wang sumbangan tersebut akan dibelanjakan?

Netizen mempersoalkan kenyataan dari pimpinan KERAjaan PH yang semakin berbelit-belit dan sering bercanggahan antara satu sama lain. - 1Peluru/AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN :

Tarian gelek separuh bogel untuk Tabung Harapan

Netizen Marah Isu Hutang Negara Dan Tabung BERAK

Pecahan Hutang Negara

Akhirnya Lim Guan Eng Mengaku Hutang Negara Bukan 1 Trilion
Kutipan RM202 juta Tabung Harapan itu bukan untuk bayar hutang negara – Mahathir Kutipan RM202 juta Tabung Harapan itu bukan untuk bayar hutang negara – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...