Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi



TAKTIK Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meraih emosi orang awam ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih hari ini nampaknya tidak berhasil.

Menerusi Facebook, Syed Saddiq telah memuat naik video beliau digelar ‘hancing’ oleh sekumpulan penyokong lawan.

Menurut sumber, Syed Saddiq dengan sengaja telah memasuki kawasan yang dipenuhi penyokong Baraisan Nasional (BN) sehingga mencetuskan provokasi yang tidak sepatutnya.



Syed meneruskan lakonannya dengan meluahkan rasa kecewa seolah-olah beliaulah mangsa sebenarnya, padahal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggariskan dan menentukan kawasan-kawasan berasingan bagi penyokong-penyokong calon yang bertanding.

Menurut seorang saksi, Syed dengan sengaja turun kereta di kawasan penyokogn BN dan seorang dari kumpulannya pula melakukan tugas merakam reaksi penyokong BN.

Di dalam satu gambar yang berjaya dirakam, kelihatan Syed dibawa oleh anggota keselamatan ke lokasi yang selamat dengan wajah Syed sedang tersenyum puas mungkin kerana 'usahanya' mencipta ketegangan dan untuk meraih simpati netizen akan berjaya.



Berikutan itu, Syed Saddiq telah diperli dan disindir oleh netizen di halaman facebooknya sendiri. Rata-ratanya meminta beliau supaya berhenti memainkan isu yang remeh-temeh kerana rakyat sudah maklum akan taktik murahan Pakatan Harapan meraih simpati seperti ini.

Isu yang utama yang perlu diberi penekanan adalah tunaikan manifesto, jaga kebajikan rakyat yang telah terabai sejak PH mengambil alih pentadbiran kerajaan. - CempedakCheese/AbuLeman



























[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...