Syed Saddiq kantoi menipu dakwa tolong Housboom masuk 7E



Setelah seorang usahawan muda tampil mendedahkan penipuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang modus operandinya mendapatkan makanan dan minuman secara percuma setiap kali mesyuarat kabinet, berita itu mula viral di media sosial.

Syed Saddiq menerima kecaman hebat dari warganet tentang sikapnya yang tidak menepati janji, menipu usahawan muda demi untuk mendapatkan makanan dan minuman secara percuma dengan cara yang keji dan tidak beretika.

Usahawan tersebut juga turut menyarankan agar lebih baik Syed Saddiq menjadi seekor babi daripada menjadi seorang ahli politik kerana menjadi babi lebih banyak manfaat daripada menjadi ahli politik yang menipu seperti beliau.

Tidak senang dengan kecaman warganet, Syed Saddiq menjawab tohmahan usahawan muda itu dengan menulis di akaun facebook miliknya secara panjang lebar.

Antara luahan Syed Saddiq adalah kononnya beliau telah membantu usahawan muda itu untuk memasukkan produk 'Hausboom' itu ke kedai-kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia dengan berjumpa terus kepada francaisor syarikat kedai serbaneka itu di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.



Namun dakwaan Syed Saddiq itu didapati hanya dusta semata-mata kerana produk Hausboom ini telah pun masuk ke kedai-kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia sejak dua tahun lalu dengan usaha usahawan itu bersama dengan kumpulan mereka sendiri tanpa bantuan mana-mana ahli politik. Rujuk di sini.

Produk itu bukan sahaja telah berjaya masuk ke kedai-kedai 7-Eleven, mereka juga berjaya mendapatkan kepercayaan syarikat kedai serbaneka yang lain seperti 99 Speedmart.



Bahkan produk mereka telah pun diedarkan di tujuh buah negara lain seperti Dubai, Kuwait, Arab Saudi, Singapura, Thailand, dan Jepun.

Sikap Syed Saddiq yang menipu usahawan muda demi untuk mendapatkan makanan dan minuman secara percuma amatlah buruk, keji lagi tidak beretika serta memalukan seluruh kaum lelaki sejati.

Ditambah lagi penjelasannya selepas itu yang ternyata hanya pembohongan demi menutup pembohongan yang lain. - AbuLeman

Syed Saddiq kantoi menipu dakwa tolong Housboom masuk 7E Syed Saddiq kantoi menipu dakwa tolong Housboom masuk 7E Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...