'Sultan tak mampu ada IQ tinggi'



Seorang lelaki berbangsa India hari ini dilihat telah menghina dan mengaibkan Sultan dan Raja-Raja Melayu dengan tuduhan fitnah yang melampau melalui satu rakaman video.

Lelaki yang dikenali sebagai Arunakiri Nathan di dalam satu video mendakwa sultan tidak mampu dan tidak boleh mempunyai kecerdasan intelektual (IQ) yang lebih tinggi berbanding manusia lain kerana undang-undang di Malaysia telah menetapkannya begitu.



Merujuk kepada pengetahuan agama Islam, Arun yang juga dipercayai seorang ektremist Hindraf turut mendakwa kefahaman sultan dan orang Melayu hanya mengikut acuan UMNO dan PAS sahaja.

Sultan hanya mementingkan wang yang berbilion tetapi tidak ilmu selain menuduh sultan tidak pernah mahu menolong kaum India, Cina mahupun kaum Melayu itu sendiri.



Video berdurasi 1 minit 12 saat itu dipercayai dirakam ketika Arun sedang di bawah pengaruh sejenis dadah dan rakaman itu kini telah tular dan mengundang kemarahan orang ramai.

Menurut maklumat yang diterima, Arun yang juga seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) sejak akhir-akhir ini kerap menyerang pendakwah-pendakwah Islam dengan pelbagai kata-kata kesat selain turut datang ke pejabat-pejabat pendakwah untuk membuat kekecohan.



Dipercayai beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Arun sejak 2017 namun tiada tindakan yang diambil di mana membuatkan ramai orang percaya beliau mempunyai 'seseorang' yang berkuasa di belakangnya yang mempertahankan tindakannya.

Perbuatan individu ini sangat melampau dan boleh menimbulkan keadaan tidak harmoni di dalam negara.



Netizen mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Arunakiri Nathan sebelum sebarang tindakan luar kawalan dilakukan oleh orang ramai memandangkan tindakannya yang kerap memprovokasi dan menghina Islam.

Selain itu perbuatannya menghina dan mengaibkan sultan juga tidak boleh dipandang ringan. - AbuLeman



Zakir Naik boeh menipu semua Melayu, orang Malaysia. Zakir Naik boleh menipu semua sultan.

Kamu tahu kenapa? Jangan salahkan sultan dan jangan salahkan Melayu. Kerana ada undang-undang mengatakan mereka tidak boleh belajar lebih.



Mereka tidak boleh memiliki IQ yang lebih tinggi. Mereka dimestikan mengikut UMNO atau PAS.

Jika anda melihat sultan, berbilion masuk kepada mereka. Tetapi hanya wang sahaja yang masuk, bukan ilmu.



Jadi, dalam bahasa yang ringkas dan jujur kepada anda, adakah anda berasa sultan mahu melihat manusia yang sebenar? Atau mendengar dari manusia sebenar? Tidak!

Mungkin sultan lebih mahukan satu juta, dua juta, tiga juta, empat juta, lima juta.



Adakah anda merasa di Malaysia sultan mahu tolong kaum India, Cina atau Melayu dengan sepenuh hati?

Itu anda perlu tanya kepada sultan.




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

'Sultan tak mampu ada IQ tinggi' 'Sultan tak mampu ada IQ tinggi' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...