Suami kantoi melamar teman wanita dalam shopping mall



SEBUAH rakaman video seorang isteri mengamuk selepas terserempak dengan suaminya sedang melutut melamar teman wanita dalam sebuah ‘shopping mall’, tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bersedia sambil melutut di hadapan seorang wanita bertudung sebelum “kantoi” dengan isterinya yang datang dari arah belakang.

Wanita yang dikatakan isterinya itu, bersama seorang lagi wanita tanpa berlengah terus menyerang si suami di hadapan khalayak ramai dalam sebuah pasaraya berhampiran premis JCO.

Orang ramai dilihat hanya menyaksikan kejadian itu dari jauh sebelum kemudiannya kedengaran suara sorakan.

Berdasarkan imej bertudung wanita-wanita dalam video itu, mereka dipercayai beragama Islam, namun tidak dinyatakan di mana kejadian itu dirakam.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman itu telah menerima lebih 238,000 tontonan di facebook.

Di bawah inilah teman video berkenaan sila klik untuk menonton. - MiloSuam


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Suami kantoi melamar teman wanita dalam shopping mall Suami kantoi melamar teman wanita dalam shopping mall Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...