Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah



KUALA LUMPUR 11 Feb. – Peguam, Siti Kasim bersyukur apabila dia tidak didakwa terhadap pertuduhan menunjukkan isyarat jari tengah kepada hadirin dalam satu forum di Shah Alam, Selangor pada 2016.

Katanya, ini kerana Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa kes itu tidak diambil tindakan seterusnya.

“Terima kasih kepada Ibu pejabat Polis Daerah Subang terutamanya kepada Inspektor yang merujuk semula fail kepada Jabatan Peguam Negara untuk memeriksa kesahihan pertuduhan berniat jahat ini.



“Saya bersyukur kerana deria yang baik telah diguna pakai,” katanya seperti status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum berhubung Rang Undang-Undang (RUU) 355 dijalankan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut yang mengundang sindiran daripada hadirin.



Pertuduhan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. - UO

ARTIKEL BERKAITAN :

Isyarat lucah, Peguam Negara arah dakwa Siti Kasim

Video Peguam dan Hakim Negara sedang seronok berpesta tular


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...