'Saya tak pernah bayar RM90 juta kepada Hadi, PAS' – Najib



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan dia pernah membayar RM90 juta kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau kepada PAS.

Kenyataan ini menyusuli penyelesaian luar mahkamah antara presiden parti Islam itu dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Bekas perdana menteri mengingatkan bahawa pihak berkuasa kerajaan sekarang sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun peribadinya dan Umno sejak pilihan raya umum ke-14, iaitu hampir 9 bulan lalu.

“Jika ianya benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari Umno, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank presiden PAS ataupun akaun PAS.

“Adalah amat tidak adil untuk PAS diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Artikel yang disiarkan Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hadi kemudian memfailkan saman fitnah di mahkamah tinggi London. Kedua-dua pihak baru-baru ini bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah dan menarik balik tuntutan masing-masing.

Rewcastle-Brown pada Jumaat gembira dengan perkembangan tersebut tetapi menegaskan artikel yang menjadi pertikaian itu masih dalam talian dan tidak diubah. - FMT

'Saya tak pernah bayar RM90 juta kepada Hadi, PAS' – Najib 'Saya tak pernah bayar RM90 juta kepada Hadi, PAS' – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...