Saya pencuri hati rakyat, Najib jawab Azmin



SEMENYIH- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat dan bukannya ‘pencuriku’ seperti yang digelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya pencuri hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan dan beramah mesra bersama penduduk di Tesco Semenyih di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 500 penduduk Semenyih menyambut kedatangan Najib bersama rombongannya dengan melaungkan slogan ‘malu apa bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin tersebut.



Menurut bekas Perdana Menteri itu, kehadirannya ke Semenyih atas permintaan pemimpin tempatan UMNO untuk membuat tinjauan selain membeli-belah barangan dapur di sana.

“Saya tidak sangka sambutan yang diberikan penduduk begitu luar biasa, ini menunjukkan mereka mahu mendekati saya sebagai seorang pemimpin.

“Mudah-mudahan sokongan yang diberikan malam ini diterjemahkan dalam bentuk undi nanti,” ujarnya. - K!O



ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






















Saya pencuri hati rakyat, Najib jawab Azmin Saya pencuri hati rakyat, Najib jawab Azmin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...