Saiz penjawat awam terlalu besar, perlu dikurangkan – PM



KUALA LUMPUR 21 Feb. - Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.


“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini. - UO

ARTIKEL BERKAITAN : Pengundi PH menangis hadapan Muhyiddin, Mukhriz

Saiz penjawat awam terlalu besar, perlu dikurangkan – PM Saiz penjawat awam terlalu besar, perlu dikurangkan – PM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...