Rasuah hamper, tawaran baik pulih rumah, calon PH nafi, Muhyiddin iyakan



KUALA LUMPUR 23 Feb.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenyataan berbeza Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemberian hamper dan tawaran bantuan baik pulih rumah penduduk bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Najib memberitahu, ini kerana calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali menafikan hamper dan surat tawaran membaiki merupakan pemberian parti tersebut.


“Calon PH juga kata mereka telah membuat laporan polis tentang pemberian ini dan bertegas PH perlu bertanding dengan bersih dan berpegang kepada prinsip.

“Akan tetapi, setelah calon PH menafikan presiden Bersatu pula mengesahkan pemberian ini dari kerajaan PH,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Tambah Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pemberian tersebut bukan cubaan membeli undi dan tidak ada pelanggaran undang-undang pilihan raya kerana telah diatur sebelum PRK.


“Presiden yang juga menteri jaga polis berkata jika UMNO mahu membuat laporan polis, laporlah.

“Pertama kali saya tengok surat tawaran rasmi kerajaan disertakan dengan hamper dan risalah parti.

“Kita bersangka baik, walaupun saya tengok hamper ini ada makanan tetapi tidak ada limau mandarin mungkin hamper ini ialah untuk Tahun Baru Cina yang baru berlalu,” katanya. - UO




Ketua Pemuda UMNO DR ASYRAF WAJDI DUSUKI telah mendedahkan bahawa PH telah memberi hamper kepada pengundi di Semenyih.

Selain itu terdapat risalah mempromosi PH di hamper tersebut serta surat rasmi tertulis tawaran baik pulih rumah untuk penduduk Semenyih.

Bagaimanapun, calon PH untuk PRK Semenyih telah serta-merta menafikan hamper dan surat tawaran ini ialah dari PH. Rujuk di sini.



Calon PH ini juga kata mereka telah membuat laporan polis tentang pemberian ini dan bertegas PH perlu bertanding dengan bersih dan berpegang kepada prinsip.

Akan tetapi, setelah calon PH menafikan, presiden PPBM pula mengesahkan pemberian ini ialah dari kerajaan PH.

Presiden PPBM kata pemberian ini bukan cubaan untuk membeli undi dan tidak ada pelanggaran sebarang undang-undang pilihanraya kerana ia telah diatur sebelum PRK. Rujuk di sini.



Presiden PPBM yang juga Menteri jaga polis berkata, jika UMNO mahu membuat laporan polis, laporlah.

Pertama kali saya tengok surat tawaran rasmi kerajaan disertakan dengan hamper dan risalah parti.

Kita bersangka baik.



Walaupun saya tengok hamper ini ada makanan tetapi tidak ada limau mandarin, mungkin hamper ini ialah untuk tahun baru Cina yang baru berlalu.

Seperti biasa, BERSIH terus membisu tentang pelanggaran undang-undang pilihanraya yang amat jelas ini. - Najib Razak







Rasuah hamper, tawaran baik pulih rumah, calon PH nafi, Muhyiddin iyakan Rasuah hamper, tawaran baik pulih rumah, calon PH nafi, Muhyiddin iyakan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...