Bukan kerja kerajaan, menteri promosi produk swasta – Wan Azizah



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mempromosikan produk syarikat swasta, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail susulan kontroversi promosi produk makanan dan minuman melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan usahawan.

Timbalan perdana menteri berkata, semua kementerian, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hanya tumpu kepada mempromosikan produk kerajaan.

“Kerajaan kalau nak lonjakkan sesuatu produk, kita buat promosi untuk produk kementerian sahaja, kita tak buat untuk produk swasta.

“Tetapi Syed Saddiq, selaku menteri belia dan sukan, hanya nak bantu mempromosikan produk swasta,” katanya ketika menghadiri majlis perasmian sebuah taman asuhan untuk kanak-kanak kurang upaya milik Pertubuhan Kebajikan Islam hari ini.



Jika kementerian berminat untuk mempromosikan produk tempatan, mereka tidak boleh mengetengahkan satu produk sahaja sebaliknya perlu menyeluruh.

“Saya kalau pergi keluar negara, saya akan buat promosi produk kraftangan negara misalnya, tetapi ia perlu dilakukan secara menyeluruh,” kata Wan Azizah.

Beberapa hari kebelakangan ini media sosial dipenuhi dengan laporan dan reaksi orang ramai terhadap kritikan seorang usahawan terhadap Syed Saddiq berkenaan promosi produknya. - FMT



ARTIKEL BERKAITAN :

'Lebih baik Syed Saddiq jadi babi' usahawan muda berang selepas 4 bulan ditipu menteri

Syed Saddiq kantoi menipu dakwa tolong Housboom masuk 7E
Bukan kerja kerajaan, menteri promosi produk swasta – Wan Azizah Bukan kerja kerajaan, menteri promosi produk swasta – Wan Azizah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...