#PRKSemenyih: Tiada manifesto cuma bina hospital sahaja – Calon PH


Sudahnya tiada apa yang dijanjikan untuk rakyat jika menang. Maklumlah menifesto yang lama, satu pun tak tertunai, nak janji yang baru pun dah malu agaknya.

PRK SEMENYIH | Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih Muhammad Aiman Zainali berkata beliau tidak mempunyai manifesto khusus bagi kempennya.

Jelas Muhammad Aiman, beliau sebaliknya merancang untuk memperjuangkan isu kemudahan untuk penduduk di Semenyih termasuklah pembinaan hospital.


"(Manifesto) tak ada, cuma saya ada perancangan saya. Untuk berjanji itu, tidaklah.

"Saya akan kongsikan tentang apa-apa perancangan saya, (cadangan) pembinaan hospital bukan manifesto, cuma akan diusahakan. Jika menang, itu (hospital) akan diperjuangkan," katanya ketika mengadakan lawatan di medan selera Pertubuhan Peladang Beranang, Semenyih, hari ini.


Muhammad Aiman berkata, cadangan pembinaan sebuah hospital di Semenyih disuarakan oleh masyarakat tempatan yang mahukan kemudahan itu disediakan kerajaan.

Dengan jumlah penduduk yang agak ramai, katanya, sudah tiba masa untuk kerajaan pertimbangkan hasrat masyarakat untuk mendapat sebuah hospital.


Katanya, dia baru dimaklumkan perkara itu, itu pun ketika turun padang bertemu pengundi.

"Perlu ada satu hospital di Semenyih memandangkan di Hospital Kajang penuh, itu saya maklum.


"Pekan Semenyih, Beranang dan Bandar Tasik Kesuma membabitkan kawasan besar. Pengundi di sini pun sudah 54,000 orang. Beranang saja agak ramai, cuma ada klinik kesihatan saja di sini," katanya.

Muhammad Aiman berkata beliau akan mewujudkan jawatankuasa khas di setiap pusat daerah mengundi (PDM) bagi memberi maklumat berhubung insentif yang disediakan kerajaan Selangor.


Katanya, banyak insentif yang diperkenalkan kerajaan negeri, namun rakyat tidak mendapat maklumat mengenainya.

Oleh itu, tambahnya, penubuhan jawatankuasa itu diperlukan agar rakyat mendapat manfaat dengan program dilaksanakan kerajaan. - MK


ARTIKEL BERKAITAN :



#PRKSemenyih: Tiada manifesto cuma bina hospital sahaja – Calon PH #PRKSemenyih: Tiada manifesto cuma bina hospital sahaja – Calon PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...