Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq



SHAH ALAM: Siasatan awal polis mendapati Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang sebelum ini direman 3 hari bagi membantu siasatan, sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.


“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat, hari ini.


Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu. - FMT



ARTIKEL BERKAITAN :

Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi

Bukan cekik, saya cuba melindungi Syed Saddiq je – Papagomo

TERKINI: Syed Saddiq hilang kelayakan Ahli Parlimen akibat laporan palsu dicekak Papagomo

LAPORAN PALSU: Papagomo lapor polis, saman fitnah Syed Saddiq

Letak tangan dibahu Syed Saddiq, Papagomo direman 3 hari

Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...