PH tak berani lagi menabur janji – Wan Azizah



HULU LANGAT 23 Feb. - Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berani menabur janji kepada rakyat kerana takut tidak dapat ditunaikan.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pembangkang tidak menyedari bahawa terpaksa menanggung masalah kerajaan terdahulu yang meruncing.


“Kalau kita janji tu, kita fikirkan juga kita mampu ke tidak. Sebab kita selalu dikatakan dianggap tak tunai jadi. Itu sebenarnya tidak. 

“Kita nak janji, biar betul-betul. Dahulu dalam pembangkang, kita menawarkan janji. Tetapi kita tidak tahu betapa runcingnya masalah sekarang. Sebab itu kalau kita berjanji, pembangkang tempelak kita balik bahawa Kita tidak menunaikan janji. Bukan. Kita mahu sedaya upaya. Namun, apakan daya kita warisi daripada kerajaan yang 60 tahun dahulu berbanding kita lapan bulan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Gotong-Royong Perdana Bandar Rinching, Seksyen 6 di sini hari ini.

Kemudiannya, Wan Azizah memenuhi undangan ke program Sembang Santai Bersama Penduduk Taman Pelangi Semenyih di Kelab La Pelangi di sini serta Pusat Jagaan Mahmudah.

Yang turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali. - UO

PH tak berani lagi menabur janji – Wan Azizah PH tak berani lagi menabur janji – Wan Azizah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...