PH larang ceramah Zakir Naik di Stadium Bandaraya George Town


Itulah, dulu sokong sangat Pakatan Harapan. Sekarang sendiri kena sekat. Tak pernah terjadi ketika di zaman BN.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilaporkan menolak permohonan sebuah pertubuhan untuk menggunakan stadium di George Town bagi mengadakan ceramah umum Dr Zakir Naik.

Melalui sepucuk surat bertarikh 13 Feb, Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPPP, Rashidah Jalaludin, memberitahu pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat mempertimbang permohonan tersebut.


Ceramah umum itu dirancang diadakan antara 8 hingga 11 malam pada 14 Jun ini. Permohonan menyewa Stadium Bandaraya itu dibuat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (Ipsi).

Malaysiakini difahamkan Rashidah sedang menghadiri mesyuarat dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komennya.


Sementara itu sumber Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berkata stadium tersebut baru saja menjalani proses naik taraf dan selalunya digunakan untuk aktiviti sukan.

"Ia tidak sesuai untuk program ceramah," katanya kepada Malaysiakini.


Ditanya sama ada Zakir dilarang mengadakan ceramah di Pulau Pinang, sumber itu berkata, setakat pengetahuannya tiada arahan seumpama itu dikeluarkan.

Malaysiakini sedang menunggu komen daripada Ipsi. Difahamkan presidennya Kamaruddin Abdullah kini berada di Terengganu.


Untuk rekod pada 11 Jan lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengenakan larangan kepada Zakir selagi pendakwah dari India itu mematuhi garis panduan ditetapkan.


Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (IPSI), Kamarudin Abdullah, menyatakan kesedihan apabila permohonannya untuk menggunakan stadium ditolak oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan



Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah menyatakan kesyukuran dan sokongannya kepada Pakatan Harapan

PH larang ceramah Zakir Naik di Stadium Bandaraya George Town PH larang ceramah Zakir Naik di Stadium Bandaraya George Town Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...