Petrol naik 10sen, netizen cari Maszlee



Harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 meningkat 10 sen mulai tengah malam ini untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan peningkatan itu menjadikan harga runcit RON95 RM2.08 seliter berbanding RM1.98 seliter.


RON97 pula - yang berada pada paras RM 2.25 seliter pada mulai Jumaat lalu - akan dijual pada harga RM2.38 seliter.

Bagaimanapun harga runcit bagi diesel kekal RM2.18 seliter.


Menurut Kementerian Kewangan peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya.

Katanya sebelum ini harga komoditi itu ialah AS$63.11 setong sebelum meningkat kepada AS$66.91 setong.


Bagi produk diesel, kata kenyataan dikeluarkan itu, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 setong kepada AS$79.11 setong.

Di media sosial netizen rata-rata mencari Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang sebelum ini pernah berjanji untuk menurunkan harga petrol ke RM1.50 dan mengarahkan rakyat menuntut janji itu sekiranya beliau menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. - MK/AbuLeman



Petrol naik 10sen, netizen cari Maszlee Petrol naik 10sen, netizen cari Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...