KECOH: Rekaan terbaru Nike dengan perkataan Allah di tapak kasut



Nike Inc berhadapan tekanan untuk menarik balik salah satu jenama kasutnya yang terkemuka selepas seorang pelanggan melancarkan petisyen dalam talian dengan mendakwa reka bentuknya menyerupai perkataan “Allah”.

Petisyen itu mengatakan ia adalah sesuatu yang “mengerikan” untuk membenarkan nama Tuhan pada kasut Nike Air Max 270, yang “pastinya akan dipijak, ditendang dan menjadi kotor dengan lumpur atau kotoran.”

Pelanggan tersebut, Saiqa Noreen, meminta Nike untuk memanggil semula kasut dengan reka bentuk menyerupai perkataan Allah daripada jualan di seluruh dunia dengan segera.

Bagaimanapun, Nike berkata, logo itu merupakan mewakili cap dagang Air Max dan menafikan tuduhan yang secara sengaja menghina umat Islam.

Petisyen yang mensasarkan 25,000 tandatangan kini telah disertai oleh 23,335 orang. – MalaysiaGazette/AbuLeman







KECOH: Rekaan terbaru Nike dengan perkataan Allah di tapak kasut KECOH: Rekaan terbaru Nike dengan perkataan Allah di tapak kasut Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...