Penyokong PH mengaku tidak bersalah hina Nabi Muhammad



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seorang warga emas hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan menghantar memuat naik menghina karikatur yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman Facebook, baru-baru ini.

Tertuduh Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M.M Edwin Paramjothy.


Berdasarkan pertuduhan pertama yang dikemukakan, lelaki berasal dari Temerloh, Pahang itu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 17 Februari lalu di Facebook pada pukul 5 petang.

Artikel berkenaan dibaca pada 18 Februari lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini.


Pertuduhan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan kedua pula, penganggur itu juga telah melakukan perbuatan sama dimana tindakan tersebut berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni diatas alasan agama diantara kumpulan orang yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di seluruh negara.


Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di laman Facebooknya pada 17 Februari lalu pada pukul 5 petang sebelum dibaca pada 18 Februari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.


Utusan Online pada 19 Februari lalu melaporkan tertuduh ditahan oleh sepasukan polis bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook di kediamannya pada pukul 11.30 pagi.

Pada awalnya, polis memohon pihak mahkamah agar tertuduh direman selama 10 hari namun atas faktor kesihatan mahkamah membenarkan dia direman tiga hari. - UO



ARTIKEL BERKAITAN :



Penyokong PH mengaku tidak bersalah hina Nabi Muhammad Penyokong PH mengaku tidak bersalah hina Nabi Muhammad Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...