Ejek ijazah menteri, penyokong PH desak Mira Filzah dikenakan tindakan tegas



KEBODOHAN seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini, individu yang menggunakan nama Shamsul Omar di Facebook mahu TV3 memohon maaf kerana membiarkan hos AJL 33, Sherry Al Hadad menyebut perkataan ‘Bossku’ ketika siaran langsung anugerah tersebut baru-baru ini, kini dia kembali meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kementerian itu mengambil tindakan ke atas pelakon Mira Milzah kerana dikatakan telah menghina taraf pendidikan menteri-menteri PH.



Semalam, Mira Filzah telah memuat naik gambar beliau berpakaian konvo bersama-sama sekeping ijazah berserta status “Ijazah Perniagaan Antarabangsa di UiTM Shah Alam. Ijazah ‘ori’ bukan ‘copy’ tau..” di Facebook miliknya.

Tindakan itu telah menaikkan kemarahan penganut-penganut PH terutamanya Shamsul yang menganggap ia adalah satu cubaan menghina menteri-menteri PH yang telah terkantoi menipu ijazah masing-masing.



Shamsul mahu Mira Milzah menarik balik posting berkenaan dan memohon maaf secara terbuka di atas tindakannya.

Sebenarnya gambar-gambar Mira sudah lama iaitu pada tahun 2016. Mira menerima segulung ijazah selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM),
- CempedakCheese/AbuLeman































Ejek ijazah menteri, penyokong PH desak Mira Filzah dikenakan tindakan tegas Ejek ijazah menteri, penyokong PH desak Mira Filzah dikenakan tindakan tegas Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...