Pengkritik Islam Belanda akhirnya peluk Islam



PETALING JAYA: Seorang bekas ahli politik Geert Wilders, parti haluan kanan Belanda yang kuat mengkritik Islam kini mengumumkan telah memeluk Islam, lapor portal Politico.

Joram Van Klaveren berkata dia menukar agama ketika menulis buku mengenai Islam.

“Ketika menulis saya menemui banyak perkara yang membuat pandangan saya mengenai Islam goyah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Van Klaveren adalah ahli Parlimen bagi Freedom Party (PVV) dari 2010 hingga 2014, tetapi meninggalkan parti itu selepas Wilders dalam satu perhimpunan pada 2014 yang menyeru penyokong memusuhi warga Maghribi di Belanda.

Selepas meninggalkan PVV, Van Klaveren menubuhkan parti sendiri, For Netherlands, tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya pada 2017. Dia kemudian bersara daripada dunia politik.

Van Klaveren adalah pengkritik Islam yang keras ketika itu dengan mendakwa “Islam adalah pembohongan” dan “Al-Quran adalah racun”.

Dalam wawancara akhbar NRC, Van Klaveren mendakwa dasar PVV adalah segala yang salah harus dikaitkan dengan Islam dengan apa-apa cara sekalipun.
Pengkritik Islam Belanda akhirnya peluk Islam Pengkritik Islam Belanda akhirnya peluk Islam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...