Pengasas mata wang kripto Kanada meninggal dunia, wang pelabur dikhuatiri 'terkunci' selamanya



MATA WANG kripto bernilai kira-kira AS$190 juta (RM776 juta) kini ‘terkunci’ dalam dunia maya selepas pengasas bursa mata wang itu meninggal dunia.

CNN melaporkan, jutaan pelabur kini bimbang kerana kematian itu telah menyebabkan kehilangan akses enkripsi.

Para pelabur dalam QuadrigaCX, iaitu bursa mata wang kripto terbesar di Kanada, tidak dapat mengakses dana mereka sejak pengasasnya, Gerald Cotten, meninggal dunia tahun lalu.



Menurut satu kes mahkamah yang difailkan, balu Cotten, iatu Jennifer Robertson, berkata Quadriga berhutang dengan pelanggannya sejumlah kira-kira AS$190 juta dalam bentuk tunai. Semua mata wang kripto itu ‘terkunci’ dalam sistem yang hanya boleh diakses oleh pengasasnya.

“Inventori Quadriga kini tidak dapat diambil dan sebahagiannya mungkin hilang,” ujar Robertson dalam pemfailan itu.

Robertson juga mendakwa dia tidak tahu kata kunci bagi sistem komputer mendiang suaminya, memandangkan dia tidak tahu-menahu tentang kerja Cotten itu.

Dia juga sudah mengupah pakar teknologi maklumat untuk mengatasi kata kunci dan mengakses rangkaian sistem komputer Cotten, namun belum membuahkan hasil.


Cotten, 30, meninggal dunia di India Disember lalu akibat penyakit Crohn. Dia mengunjungi negara Asia Selatan itu untuk membuka sebuah rumah anak yatim dan golongan kanak-kanak yang memerlukan.

Berita kematiannya membuatkan bank perdagangan, Canadian Imperial Bank of Commerce (CIBC), membekukan aset sejumlah AS$28 juta yang dipegang oleh Quadriga, berikutan identiti pemilik dana belum diketahui.

Robertson kini menjadi sasaran kemarahan, tohmahan dan ancaman keselamatan berikutan timbul spekulasi yang mendakwa kematian suaminya sengaja dipalsukan untuk tujuan penipuan. - AA
Pengasas mata wang kripto Kanada meninggal dunia, wang pelabur dikhuatiri 'terkunci' selamanya Pengasas mata wang kripto Kanada meninggal dunia, wang pelabur dikhuatiri 'terkunci' selamanya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...