Pengarah baru Felda tampil dedah PH fitnah Najib



Alhamdulillah.

Kebenaran muncul lagi pagi ini.

Satu lagi propaganda PH dibuktikan sebagai fitnah.


Selepas PRU14, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa kebanyakan hutang RM8 bilion yang ditanggung oleh FELDA ini sebenarnya dipinjam kepada peneroka.

FELDA pinjam dengan kadar murah untuk meminjam dengan kadar murah kepada peneroka untuk keperluan penanaman semula, pembinaan atau pembesaran rumah dan pendidikan anak-anak mereka.


Pagi ini, pengurus besar dan pengarah FELDA yang dilantik oleh kerajaan PH telah mengesahkan ini di dalam media yang dikawal oleh kerajaan PH. Rujuk di sini.

Maka, terbuktilah saya tidak bohong tetapi PH sering memetik hutang FELDA sebagai RM8 bilion untuk menuduh kerajaan BN dahulu dan saya.


Minggu lepas juga, Azmin Ali tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya mengenai hutang RM8 bilion FELDA ini.

Seolah-olah wang RM8 bilion FELDA ini telah disonglap, diseleweng, dibazir atau diberi kepada kroni.


Ya, betul.

Kroni saya adalah peneroka FELDA.

Kalau saya telah salah untuk menjaga ratusan ribu kroni ini, maka dakwalah saya lagi.


Bagaimana pula dengan cabaran saya kepada Azmin Ali untuk menggunakan duit hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November lalu bernilai RM8.42 bilion untuk menghapuskan segala hutang FELDA? Rujuk di sini.

Dengan itu, segala hutang peneroka dihapuskan juga seperti dijanji dalam manifesto mereka dan aset-aset FELDA tidak perlu dijual lagi.



Jangan bayar wang dari jualan IHH Berhad itu kepada Menteri Kewayangan. Guna wang itu untuk hapuskan sepenuhnya hutang FELDA.

Ada berani?




Pengarah baru Felda tampil dedah PH fitnah Najib Pengarah baru Felda tampil dedah PH fitnah Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...