Penduduk halau jentera PH cetus provokasi



BARANANG, 20 Feb – Tindakan jentera Pakatan Harapan (PH) yang cuba menimbulkan provokasi ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menimbulkan kemarahan penduduk setempat.

Seorang penduduk kampung, di Pekan Rabu Beranang menghalau jentera terbabit lantaran tidak senang dengan kata-kata fitnah yang dilaungkan mereka ketika Najib melawat ke pasar berkenaan, pagi ini.



Sikap jentera PH yang agresif dan menjerit melaungkan ‘tangkap dia’, ‘pencuri’ dan beberapa kata-kata lain menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat.

Selain itu, seorang lagi jentera PH pula hampir bertumbuk ketika berkempen di sebuah kedai makan di situ kerana dihalau dan dianggap mengganggu orang ramai yang sedang menjamu selera. – MediaUMNO





Saya diberitahu bahawa satu kumpulan dari PH cuba membuat provokasi semasa saya melawat ke Pekan Rabu Beranang pagi tadi.

Mereka tidak puas hati bahawa saya berjalan-jalan di sana dan telah minta saya keluar untuk berhadapan dengan mereka.



Tetapi mereka dihalang oleh beberapa penduduk tempatan dan pihak polis.

Tahniah kepada Pegawai PDRM yang bertugas dilokasi dan kepada penduduk-penduduk tempatan.

Mungkin kumpulan PH ini cuma nak minta saya tunjuk permit selfie kot. – Najib Razak




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Penduduk halau jentera PH cetus provokasi Penduduk halau jentera PH cetus provokasi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...