Pemimpin Islam PH 'dayus' dan 'menikus' isu hina Islam, Nabi



KOTA BHARU 27 Feb. - Para pemimpin Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan gagal memainkan peranan dalam menangani isu penghinaan ke atas Islam dan Nabi Muhammad SAW yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Nor berkata, melihat kepada keadaan semasa itu, konsep 'Rahmatan Lil Alamin' yang dilaungkan Malaysia Baharu jelas penuh kepalsuan dan gagal membela Islam tatkala agama itu dihina dan dikeji.


Malah katanya, umat Islam di negara ini tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin Islam dari Parti Amanah Negara (Amanah) kerana rata-rata mereka jelas takut dengan 'abang besar' iaitu DAP.

"Terbaharu, kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Sally Yen yang sangat jelas memperlihat betapa mereka begitu bersahaja menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


"Di mana para pemimpin Islam PH yang kononnya memperjuangkan agama? Semuanya dayus dan menikus apabila bangsa DAP menggertak," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejak kebelakangan ini, perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad dikatakan semakin berani dibuat golongan bukan Islam yang bukan sahaja telah mengguris perasaan bahkan menyemarakkan kemarahan umat Islam di Malaysia.


Antaranya ialah Foo Sin Wai, 68, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman akaun Facebook miliknya, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, Pemuda UMNO Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri, merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat kenyataan rasmi mengecam pelaku-pelaku yang menghina Rasulullah.


Pemimpin Islam PH 'dayus' dan 'menikus' isu hina Islam, Nabi Pemimpin Islam PH 'dayus' dan 'menikus' isu hina Islam, Nabi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...