Norhizam pakai baju hitam di perayaan cina seperti mengundang si*l



KURANG AJAR. Itulah yang disuarakan oleh netizen berbangsa cina apabila melihat sekeping gambar Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee memakai baju berwarna hitam ketika meraikan upacara Tahun Baru Cina.

Di satu gambar, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri Melaka itu mengenakan baju t-shirt hitam, berseluar jean separuh hingga ke lutut dan mengenakan bag sandang di belakangnya sambil memegang dua biji buah limau mandarin.



Menurut kepercayaan orang cina, baju atau pakaian hitam hanya dikenakan pada hari kematian sahaja. Memakai baju berwarna hitam pada hari perayaan mereka seumpama mengundang malang dan mengundang si*l sahaja.

Perbuatan Norhizam itu mengundang cemuhan netizen berbangsa cina kerana sepatutnya beliau mengkaji dahulu sebelum berbuat sesuatu tindakan yang memalukan.

Sebahagian netizen lain pula berpendapat tindakan Norhizam amat tepat sekali kerana tindakannya boleh menjahanamkan DAP di Melaka. - AbuLeman

Norhizam pakai baju hitam di perayaan cina seperti mengundang si*l Norhizam pakai baju hitam di perayaan cina seperti mengundang si*l Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...