KECOH: Nik Aziz akan bertanding di PRK Semenyih



SEMENYIH: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menamakan ahlinya, Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

Pengerusi Nasir Hashim percaya Nik Aziz pilihan tepat untuk melakukan perubahan di DUN Semenyih.

“Kita mahu meletakkan calon kita, Nik Aziz iaitu seorang anak muda yang komited, sudah tahu rentak kami dan kita harap beliau akan bawa PSM ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada sidang media hari ini.



Nik Aziz merupakan anak jati Semenyih yang kini merupakan aktivis sepenuh masa disamping menjalankan perniagaan urut tradisional di Semenyih Sentral.

Calon berusia 25 tahun itu tidak berjaya menghabiskan pengajian pada semester terakhir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau sering terlibat dalam kerja-kerja membantu masyarakat antaranya misi membantu mangsa banjir di Kelantan pada 2015 dan 2017.



Mengenai pencapaian pendidikannya, Nik Aziz tidak malu mengakui tidak mempunyai pendidikan tinggi, sebaliknya apa yang lebih penting adalah berlaku jujur.

“Lebih banyak impak negatif jika saya tidak berlaku jujur. Saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dan saya tidak malu. Saya masuk politik bukan untuk kayakan diri.

“Saya benar-benar ingin membantu rakyat. Berikan satu peluang kali ini kepada PSM untuk menempatkan satu-satunya wakil rakyat dari PSM di DUN Selangor,” katanya.



Sementara itu, Nasir berkata PSM tidak melihat latar belakang pendidikan salah satu ciri untuk menjadi calon, sebaliknya apa yang lebih penting adalah integriti dan semangat perjuangan.

“Kita tidak lihat seseorang itu mempunyai pendidikan atau tidak, masuk universiti atau tidak. Bahkan kita tidak panggil seseorang mengikut protokol atau pangkat,” katanya.

Parti-parti politik akan mula berkempen pada 16 Februari ini manakala pengundi Semenyih akan memilih pada 2 Mac.



PRK DUN Semenyih diadakan selepas kematian penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang mewakili PPBM-Pakatan Harapan (PH). Beliau meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum ke-14, Bakhtiar menewaskan penyandang Datuk Johan Abdul Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmiour Mad Kasim (PAS) dan S Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi. - FMT

Jauh sangat kalau nak samakan Nik Aziz PSM dengan arwah Tok Guru Nik Aziz PAS. Seperti langit dengan bumi.

Nik Aziz Afiq Abdul dinamakan sebagai calon oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM)


KECOH: Nik Aziz akan bertanding di PRK Semenyih KECOH: Nik Aziz akan bertanding di PRK Semenyih Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...