TERKINI: Nazri Aziz disiasat bawah Akta Hasutan, kata polis



KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat Setiausaha Agung Barisan Nasional, Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapan kontroversinya ketika membantu calon parti itu berkempen bagi pilihan raya kecil Semenyih.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, polis sedang menyiapkan kertas siasatan kes itu sebelum diserah kepada timbalan pendakwa raya.



“Laporan polis terhadap Nazri telah dibuat. Setakat ini, ada 1 laporan polis dibuat.

“Kita juga sedang ambil kenyataan daripada (pihak) kita fikir ada kaitan dengan isu yang dilaporkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan ke-63 di Dataran Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras.



Sebelum ini, Nazri dilapor mempertikaikan pelantikan ketua hakim, peguam negara dan menteri kewangan bukan Melayu.

Beliau mendakwa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak mendapat pembelaan kerana peguam negara bukan orang Melayu.



Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut mengkritik peranan MCA dan pemimpinnya yang tidak berbaju BN ketika membantu kempen calon parti itu di PRK Semenyih.

Kes hina nabi

Fuzi berkata, polis membebaskan suspek dalam kes menghina agama Islam dan Nabi Muhammad berdasarkan perintah mahkamah.



“Kita minta reman 10 hari, tetapi mahkamah membenarkan reman 3 hari atas faktor kesihatan. Kita sudah hantar kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya.

“Kita tunggu arahan timbalan pendakwa raya. Kita harap masyarakat memahami proses perundangan (kerana) bukan semua (perkara) di bawah (bidang kuasa) kita.”



Pada 22 Februari lalu, seorang lelaki dibebaskan selepas direman 3 hari kerana menghina agama Islam, nabi dan isteri, Saidatina Aishah di Facebooknya.

Warga emas berusia 68 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor umur dan komplikasi kesihatan. - FMT

TERKINI: Nazri Aziz disiasat bawah Akta Hasutan, kata polis TERKINI: Nazri Aziz disiasat bawah Akta Hasutan, kata polis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...