IJAZAH MB JOHOR: Tunggu punya tunggu, UPM, Maszlee masih bisu – Najib



Universiti Putra Malaysia (UPM) atau dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia digesa tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan ijazah palsu membabitkan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, hanya penjelasan daripada pihak UPM akan mematikan dan menentusahkan isu tersebut yang masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana, katanya, perkara paling dikesalkan dalam episod berlarutan penipuan sijil dan kelayakan akademik pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan adalah dalihan demi dalihan dikeluarkan oleh mereka yang dituduh.


“Memandangkan Menteri Besar Johor memilih untuk membisu dalam pertikaian terhadap ijazah palsu itu, maka UPM harus tampil dan membuat penjelasan.

“UPM sendiri juga sudah berjanji kepada orang awam untuk membuat penjelasan, maka saya gesa penjelasan itu diberikan segera bagi mengesahkan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, Mohamed Khaled Nordin turut melahirkan rasa kesal yang mendalam dengan tindakan berdiam diri oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.


Tegasnya, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan memegang portfolio berkaitan pendidikan serta pengajian tinggi, Maszlee mesti tampil dan memberikan kepimpinan dalam isu itu.

“Beliau mesti menjadi suara yang mampu menjaga integriti dunia kesarjanaan kerana tidak ada orang yang lebih layak dan berautoriti melainkan Maszlee dalam memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Adalah sangat memalukan jika kepimpinan negara ini dipenuhi dengan mereka yang bukan sahaja tidak mempunyai integriti dan kejujuran berhubung kelayakan diri, malah mereka disokong dan dipertahankan pula secara tidak bertanggungjawab oleh pemimpin PH,” katanya.


Justeru, Mohamed Khaled menggesa perkara tersebut perlu dihentikan segera dan sekali lagi menegaskan UPM dan Menteri Pelajaran perlu tampil membuat penjelasan.

Desakan yang sama juga diutarakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di akaun facebook miliknya.

“Minggu lepas, UPM berjanji untuk membuat penjelasan tentang dakwaan ijazah palsu Menteri Besar PH Johor, Osman Sapian.

“Tunggu punya tunggu, UPM dan Maszlee masih membisu.  Ijazah MB benar atau palsu.
Kalau tidak, cepatlah mengaku. Macam Mat Sabu.” kata Najib di satu hantaran di facebooknya yang lebih 15,000 reaksi suka dari pembaca. - UO/AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN : 





Mahfuz mengaku ada ijazah sarjana di Universiti Belford

Australia-New Zealand nafi Guan Eng akauntan profesional bertauliah

TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta

Najib: Ijazah saya hilang, mungkin tertinggal di Seri Perdana, tapi...

Najib tanya Mahfuz, Universiti Belford ni di negara Wakanda ke?

Akhirnya Mahfuz akui bukan lulusan Universiti Belford

GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun

Ijazah Rina Harun tak ditawarkan di Universiti Northwood

IJAZAH MB JOHOR: Tunggu punya tunggu, UPM, Maszlee masih bisu – Najib
IJAZAH MB JOHOR: Tunggu punya tunggu, UPM, Maszlee masih bisu – Najib IJAZAH MB JOHOR: Tunggu punya tunggu, UPM, Maszlee masih bisu – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...