MyBSH RM100: PH tolak permohonan lelaki tiada kaki, tangan



KUALA TERENGGANU 21 Feb. - "Dulu zaman Najib buleh (dapat) BR1M, bakpe (sebab apa) lening (sekarang) tak buleh BSH? Patut biar buleh belaka untuk OKU, ibu dan bapa tunggal persendirian."

Ishak Awi, 59, yang kudung kedua-dua belah kaki di samping cacat tangan kiri sejak lahir berkata, Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 amat bermakna buat golongan sepertinya dan ditunggu-tunggu saban tahun namun, impiannya musnah apabila dimaklumkan tidak memenuhi kelayakan ditetapkan.



Dia yang cuma bekerja sebagai pembantu di kedai membaiki kasut di bazar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berdekatan hentian bas KT berharap agar nasib malang mereka mendapat pembelaan kerajaan termasuk jumlah bantuan dikekalkan seperti dahulu.

"Daripada mula BR1M diperkenalkan saya sokmo buleh dapat RM450.



"Saya harap biar buleh belaka semua (golongan), buat macam Najib buat dulu. Tetapi, nak cakap lebih-lebih pun payah juga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ishak merupakan kalangan rakyat yang kecewa dengan proses pendaftaran dan kemaskini permohonan BSH 2019 apabila dimaklumkan tidak layak menerima manfaat tersebut sebagaimana dipaparkan dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.



Semalam, Ishak datang ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini bagi menyemak status kelayakan bagi memohon bantuan kategori bujang.

Ishak berkata, jumlah RM100 terlalu kecil buatnya dan hanya mampu bertahan untuk menampung kos tambang bas selama sebulan berulang-alik ke rumahnnya di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang memakan masa hampir 40 minit ke bandar raya.



"Kos tambah pergi balik setiap hari sebanyak RM3.20. Saya membantu menjual tapak kasut di kedai majikan. Gaji tidak tetap kalau dapat jual buleh lah dapat RM15 ke RM20 untuk sepasang tapak," katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut berkongsi gambar Ishak dalam laman Facebooknya yang mendapat tanda suka 33,000 dengan 4,700 komen di samping 4,400 perkongsian. - UO





Guan Eng, perhatikan muka Encik Ishak Awi betul-betul.

Dia bujang. Dia OKU dari Kuala Terengganu.

Umur hampir 60 tahun.

Dulu dia dapat RM450 tiap-tiap tahun.

Tahun ini, sepatutnya dapat RM650 jika BN masih berkuasa.



BR1M orang bujang RM100 yang diumumkan beberapa hari dahulu pun dia dikatakan tak layak dapat.

Kerajaan PH tolak permohonan dia.

Alangkah kejam kerajaan hari ini. - Najib Razak






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

MyBSH RM100: PH tolak permohonan lelaki tiada kaki, tangan MyBSH RM100: PH tolak permohonan lelaki tiada kaki, tangan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...