MyBSH: RM100 orang bujang boleh isi minyak setahun



SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) menyifatkan bantuan sara hidup (MyBSH) sebanyak RM100 sebagai satu nilai yang munasabah dan terbaik untuk golongan bujang.

Manurut Shamsul Omar, dengan nilai RM100 itu orang bujang dapat mengisi minyak motosikal selama setahun.

“RM100 mampu mengisi minyak motor selama setahun. Percaya atau tidak?

“Setahun ada 52 minggu. Ambil mudah kira 50 minggu. Isi minyak motor RM2 seminggu. RM2 × 50 = RM100,” katanya menerusi Facebook.


Berikutan itu, netizen tampil dengan menyindir pengiraan Shamsul Omar itu ‘bijak macam kalkulator’.

Ada juga yang membuat perbandingan dengan pemberian BR1M yang diberikan kerajaan BN iaitu RM450, malah mereka mendakwa bantuan RM100 itu sama dengan bantuan untuk budak-budak sekolah ketika pemerintahan terdahulu.


Satu tangkapan skrin yang lain pula mempersoalkan pemberian RM100 itu jika dibahagikan mengikut logik PH sebelum ini hanya 20 sen sehari.

"Boleh buat apa dengan 20 sen?" soalnya diikut dengan kecaman warganet yang lain. - CempedakCheese/AbuLeman







MyBSH: RM100 orang bujang boleh isi minyak setahun MyBSH: RM100 orang bujang boleh isi minyak setahun Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...