GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun



Sejak akhir-akhir ini warganet semakin bijak menghidu cubaan menipu oleh pemimpin-pemimpin KERAjaan Pakatan Harapan (PH).

Telah ramai menteri dan timbalan menteri yang didedahkan menipu di dalam pencapaian akademik mereka. Bermula dari Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya sehinggalah ke Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Namun warganet masih tidak berhenti 'menggali' dan hari ini nampaknya satu lagi pemimpin PH yang kelihatan meragukan pencapaian akademiknya.



Kali ini Dato' Seri Mukhriz naka kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi tumpuan warganet apabila beliau dikatakan mendapatkan ijazahnya secara ekpres hanya dalam masa satu tahun pengajian di Jepun.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah dilahirkan pada 25 November 1964. Beliau merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Baharu. Ini bermakna beliau perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981.

Di sinilah kekeliruan yang berlaku yang menyebabkan warganet mengandaikan ijazah yang diperolehi oleh Mukhriz mungkin palsu kerana menurut artikel Bernama bertarikh 7 Mei 2013 menyatakan selepas SPM, Mukhriz melanjutkan pelajaran ke Universiti Sophia di Jepun di dalam bidang Pengurusan Perniagaan.



Mukhriz berjaya mendapatkan ijazahnya pada tahun 1982 ketika berumur 18 tahun, setahun selepas beliau mengambil peperiksaan SPM. Siapa sangka individu yang kurang rambut ini banyak ilmu di dadanya. Patutlah beliau menang di Parlimen Jerlun dan menyapu sekali Dun Jitra. Bijak dan genius orangnya.

"Berapa jam kredit yang boboi ambik kat sana? Sekejap je..?" soal Nabil.

"Boboi tak tidur pergi kelas 24 jam ke kat sana? Laju betul!" komen Faridah.



Di dalam artikel yang sama, selepas 5 tahun, pada tahun 1987 Mukhriz berjaya mendapatkan ijazah keduanya di Universiti Boston di dalam bidang Pemasaran Antarabangsa.

Jika artikel Bernama itu benar, ini menjadikan Mukhriz adalah menteri paling bijak di Malaysia atau mungkin di Asia bahkan mungkin menteri paling bijak di dunia apabila berjaya menghabiskan ijazahnya dengan pantas, kurang dari satu tahun.

Logikkah Mukhriz menghabiskan pengajiannya di Jepun kurang dari satu tahun? Apa pendapat anda? - AbuLeman





ARTIKEL BERKAITAN : 





Mahfuz mengaku ada ijazah sarjana di Universiti Belford

Australia-New Zealand nafi Guan Eng akauntan profesional bertauliah

TERKINI: Ijazah palsu, Menteri umum letak jawatan serta-merta

Najib: Ijazah saya hilang, mungkin tertinggal di Seri Perdana, tapi...

Najib tanya Mahfuz, Universiti Belford ni di negara Wakanda ke?

Akhirnya Mahfuz akui bukan lulusan Universiti Belford

GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun
GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun GENIUS: Mukhriz peroleh ijazah kurang dari satu tahun Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...