Mujahid digelar anjing gara-gara 'Sex in Georgetown'


Teater 'Sex in Georgetown' juga dibuka untuk anak serendah umur 15 tahun

TEATER bertajuk Sex in Georgetown City yang dijadual dipersembahkan di Penangpac, Georgetown, Pulau Pinang pada 14 hingga 17 Februari ini mendapat bantahan banyak pihak.

Rata-rata membantah kerana penganjur didakwa cuba mempromosi budaya seks secara terbuka kepada masyarakat termasuk anak-anak bawah umur memandangkan tiket juga dijual kepada anak-anak serendah umur 14 atau 15 tahun.

Sinopsis teater yang dipaparkan agak meragukan yang mana secara jelas memberitahu isi ceritanya yang berkisar tentang antaranya persahabatan luar tabii.



"Hasil karya serta arahan anak jati Pulau Pinang Fa Abdul, Sex in Georgetown City merupakan koleksi 10 cerita pendek berkisar pada kisah komedi dan dramatis yang berlaku di sekitar Bandaraya Georgetown.

"Ia meliputi cerita kemasyarakatan, perhubungan suami-isteri serta persahabatan luar tabii."

Fa Abdul selain pengarah teater, beliau juga adalah seorang kolumnis di Malaysiakini dan penulis skrip di Radio Televisyen Malaysia (RTM).



Beberapa aktivis telah mengadakan bantahan dan satu sesi bantahan diadakan pada 14 haribulan ini di 7E Straits Quay selepas solat Maghrib.

Sementara itu Menteri Agama Dr Mujahid Yusuf Rawa digelar sebagai anjing apabila teater itu terpaksa ditukar tajuk kepada 'Love in Georgetown' selepas mendapat bantahan ramai.

"Ini negeri menteri Agama anjing Mujahid Yusof Rawa dangan tentangan umat Islam pulau pinang di tukar namanya SEX to LOVE..

"Bodoh lah...Dato Sri Anjing menteri Agama Malaysian..." komen seorang netizen di media sosial. - AbuLeman












Mujahid digelar anjing gara-gara 'Sex in Georgetown' Mujahid digelar anjing gara-gara 'Sex in Georgetown' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...