Muhyiddin disisihkan rakyat di Giant Semenyih



Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilihat cuba meniru kaedah yang digunakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan melawat pasaraya Gaint di Semenyih.

Malangnya cubaan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat gagal apabila beliau tidak disambut oleh rakyat yang berada di sana.


Di dalam datu video rakaman perbandingan yang dibuat antara Muhyiddin dan Najib jelas menunjukkan Najib lebih disukai oleh rakyat di Semenyih yang berebut untuk beramah mesra, berselfie, bersalam dan berpelukan ketika di Tesco Semenyih.

Di dalam video itu dapat dilihat pengiring Muhyiddin lebih ramai daripada rakyat yang datang menyapanya.


Melihatkan tiada orang yang berminat kepadanya, Muhyiddin terpaksa berpura-pura datang menyapa penjual-penjual.

Ada ketika Muhyiddin mencuba minyak wangi tetapi tidak pun dibeli. Manalah tahu jika ada keinginan untuk membantu penjual-penjual. Malangnya selepas mencuba hanya berlalu begitu sahaja.


Netizen mempersoalkan mengapa rakyat di sana begitu kejam terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang telah banyak berjasa kepada rakyat? - AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : TERKINI: Najib disambut seperti wira negara di Semenyih



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Muhyiddin juga bawa benda Pakatan Harapan ketika melawat Gaint


Muhyiddin disisihkan rakyat di Giant Semenyih Muhyiddin disisihkan rakyat di Giant Semenyih Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...