Mohamad Sabu mengaku tiada ijazah, dibuang dari ITM



KUALA LUMPUR 9 Feb. - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang turut terpalit dengan kontroversi melibatkan kelayakan akademik kerana didakwa memiliki ijazah seni kulinari palsu tampil membela diri apabila menafikan perkara itu.

Mohamad malah memberitahu tidak pernah mendakwa memiliki segulung ijazah dalam bidang berkenaan daripada mana-mana universiti.

“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Daripada dulu saya tak pernah sebut.



“Sebenarnya saya dibuang dari Institut Teknologi Mara (ITM),” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Tambah Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), kehebatannya dalam memasak mungkin menyebabkan ramai pihak menyangka beliau mempunyai ijazah dalam seni kulinari.

Beliau malah mengingati kata-kata aktivis Hishamuddin Rais yang menyamakan dirinya dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan yang juga tidak mempunyai ijazah.

“Mungkin sebab saya handal memasak, jadi orang ingat saya menuntut di kolej. Reagan juga tak ada ijazah tapi dia pimpin AS,” katanya. - UO






Mohamad Sabu mengaku tiada ijazah, dibuang dari ITM Mohamad Sabu mengaku tiada ijazah, dibuang dari ITM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...