Menteri palsu ijazah tidak bermoral – Syed Saddiq


Tapi PPBM termasuk Mukhriz juga yang dok pertahankan orang dia yang tipu sijil tu...

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mene­gaskan, tindakan sesetengah individu yang memalsukan kelayakan akademik adalah tidak bermoral.

Ini berikutan kontroversi yang melanda beberapa pemim­pin kerajaan, termasuk tiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Turut terpalit de­ngan isu tersebut ialah Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.



“Pendirian saya secara peri­badi, tak kira mana-mana pihak (yang melakukannya), pemalsuan ija­zah (atau) diploma ada­lah sesuatu yang ti­dak bermoral,” te­gas­nya ketika dite­mui­ pemberita di Kam­pung Sesapan Ba­­tu Rembau, Bera­nang dekat sini hari ini.

Merujuk kepada kedudukan Marzuki, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Bersatu berkata, beliau menye­rahkan kepada pertimba­ngan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Isu ini Presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah mengu­lasnya dan apa yang lebih pen­ting, serah kepada Perdana Men­teri (Dr. Mahathir) untuk menentukan,” katanya.



Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berharap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan kepada umum.

Kata beliau, penjelasan itu penting kerana sekiranya isu berkenaan melibatkan universiti-universiti yang tidak mendapat akreditasi, ia bukanlah masalah yang besar.

Jelas beliau, ini memandang­kan terdapat banyak universiti yang tidak memperoleh akreditasi pada 2005 dan tahun-tahun sebelumnya.

“Yang penting akhirnya adalah orang yang diberi amanah itu mempunyai sifat ‘keamanahan’ dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab dengan semua kemampuan yang ada pada diri. Itu yang penting,” katanya kepada pemberita selepas menyem­purnakan program Putrajaya Park’s Day di Putrajaya. - UO



Menteri palsu ijazah tidak bermoral – Syed Saddiq Menteri palsu ijazah tidak bermoral – Syed Saddiq Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...