Menteri mohon maaf, tarik balik RM80,000 dana baik pulih dewan



PRK SEMENYIH l Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammaddin Ketapi membuat permohonan maaf atas pengumuman peruntukan RM80,000 bagi kerja penambahbaikan dewan serbaguna Dewan Haji Md Silin, Beranang petang tadi.

Katanya, beliau tidak berniat mengganggu suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang sedang berlangsung dengan melanggar akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


“Sebelum kenyataan terbabit dibuat, saya di awal majlis telah didatangi penduduk dan pengunjung majlis dan menyuarakan cadangan agar penambahbaikan di buat di dewan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau turut menarik balik pengumuman bantuan terhadap dewan serba guna tersebut.


“Setelah menyedari ia satu kesalahan dan bertentangan dengan akta SPR maka saya sejujurnya memohon maaf dan menarik balik pengumuman terbabit," katanya.

Petang tadi, Mohammadin mengumumkan peruntukan tersebut ketika berucap pada Majlis Perasmian Semarak Seni Kraf di Dewan Haji Md Silin, Beranang, Semenyih.


Katanya, peruntukan tersebut diberikan bagi memberi memudahkan dan keselesaan pada komuniti kraf untuk melakukan aktiviti mereka di Semenyih.

Peruntukan itu diberikan melalui peruntukan khas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.


Program tersebut turut menyaksikan acara cabutan bertuah diadakan melibatkan 33 hadiah kepada pengunjung.

SPR sebelum ini menjelaskan program anjuran kerajaan yang berlangsung di Semenyih secara amnya tidak dianggap melanggar undang-undang pilihan raya selagi aktiviti itu tidak digunakan untuk memancing pengundi.


Bagaimanapun SPR menegaskan pemberian hadiah seperti hamper adalah satu kesalahan dan bercanggah dengan akta pilihan raya. - MK










Menteri mohon maaf, tarik balik RM80,000 dana baik pulih dewan Menteri mohon maaf, tarik balik RM80,000 dana baik pulih dewan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...