Menteri Besar Perak mengaku gagal bawa pulang ijazah luar negara



TAIPING 10 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui beliau tidak pernah berbohong mengenai sejarah dirinya yang pernah melanjutkan pengajian di luar negara tetapi tidak berjaya membawa pulang ijazah ke tanah air.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga tidak cuba untuk mengalihkan pandangan kerana percaya soal integriti serta sikap berterus-terang dan tidak berbohong kepada rakyat, amat penting bagi kerajaan Pakatan Harapan membina Malaysia Baharu.

"Saya agak yakin dengan diri sendiri. Saya buat kerja dengan penuh ikhlas tetapi kalau itu satu perkara yang utama, saya serahkan balik kepada parti.

"Namun, pada masa sama, orang ramai menyebut tentang perkara itu (pemalsuan ijazah), apakan daya bagi diri saya untuk menghentikan perkara tersebut," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Dew di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas sama ada isu pemalsuan kelayakan akademik dilihat boleh menjejaskan potensi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih akan datang.

Ahmad Faizal merupakan antara pemimpin Bersatu yang dikaitkan dengan kontroversi pemalsuan sijil selain Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Kelayakan akademik Ahmad Faizal sebelum ini dipertikai apabila beliau dikatakan sebagai graduan pengajian perniagaan dari Edith Cowan University di Perth, Australia, namun beliau telah mendedahkan perkara sebenar buat pertama kali ketika ditemu ramah oleh Bernama Radio pada Julai 2018. - UO





ARTIKEL BERKAITAN : 




Menteri Besar Perak mengaku gagal bawa pulang ijazah luar negara Menteri Besar Perak mengaku gagal bawa pulang ijazah luar negara Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...