Jadi, sekarang yang tipu degree tu lagi bodoh dari saya ke macam mana? – Ahmad Maslan



PONTIAN 11 Feb. – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menemplak mereka yang menggelarkannya sebagai bodoh ketika menjawat Timbalan Menteri Kewangan pada era kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu.

Sebaliknya kata Ahmad, mereka yang memperlekeh dirinya ketika itu tidak mengetahui latar belakang pendidikannya yang bermula dengan Sekolah Sains Johor pada tahun 1979 hingga 1983.

Katanya, jika beliau bodoh tidak mungkin mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3,83 ketika mengikuti Ijazah Sarjana (Pentadbiran dan Perniagaan) di Universiti Kebangsaan 
Malaysia (UKM) dari tahun 2001-2003.


"Sebelum di UKM, saya juga mengikuti Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik) di Rosehill Collage, Auckland, New Zealand (1984-1985) serta mengikuti Ijazah Sarjana 
(Pentadbiran dan Perniagaan) di Victoria, New Zealand (1986-1988).

"Sebab itu apabila saya berhujah mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semua orang memperli dan memperlekeh saya, tetapi sebenarnya saya telah belajar mengenai GST sejak 
tahun 1986 dulu," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas isu kelayakan akademik melibatkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang menjadi polemik dalam kalangan rakyat sejak kebelakangan ini.


Antara pemimpin PH lain yang turut terpalit kontroversi itu termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selain kelayakan akademik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng 
serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin

Tambah Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, isu itu perlu dijawab segera oleh pemimpin terlibat bagi menjelaskan segala tuduhan yang dibangkitkan orang ramai.

"Isu ini menjadi satu pengajaran pahit dalam sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia apabila kelayakan mereka yang berkedudukan tinggi di peringkat Pusat dan negeri dipertikaikan," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, semua pemimpin politik perlu jujur ketika memberikan latar belakang pendidikan mereka dan tidak sekali-kali melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah suatu masa nanti. - UO


Jadi, sekarang yang tipu degree tu lagi bodoh dari saya ke macam mana? – Ahmad Maslan Jadi, sekarang yang tipu degree tu lagi bodoh dari saya ke macam mana? – Ahmad Maslan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...