Maszlee kantoi padam posting lama bantah bauksit



KUANTAN - Aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri ini dibenarkan semula selepas moratorium selama tiga tahun berakhir 31 Mac ini tidak akan disambung.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, aktiviti tersebut dibenarkan semula namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Dr Xavier berkata, kerajaan negeri sudah maklum mengenai penamatan tempoh moratorium dan semua pihak bersetuju dengan SOP baharu.

Dr Xavier berkata, moratorium bauksit disambung kerana galian itu mempunyai permintaan dan potensi besar serta memberi keuntungan kepada kerajaan Pahang.


Katanya, bagi tahun 2015, kutipan royalti yang diperoleh kerajaan Pahang ialah RM47 juta setahun.

“Malah, SOP industri bauksit di Pahang ini juga akan diperluaskan ke negeri Terengganu dan Johor yang turut memiliki aktiviti perlombongan mineral berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, semua pemegang taruh dalam industri bauksit di Pahang diminta sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan jabatan serta agensi kerajaan Pusat sekali gus mematuhi SOP yang sudah ditetapkan.

Keputusan itu bercanggahan dengan perjuangan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang setiap hari menghasut rakyat agar memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk menghentikan aktiviti yang dikatakan memudaratkan penduduk setempat.


Sementara itu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mendapat perhatian warganet apabila tindakannya memadam bantahannya terhadap aktiviti perlombongan bauksit itu dapat dihidu oleh pengikutnya.

Hantaran yang dibuat pada 1 Julai 2015 itu telah dipadam oleh Maszlee namun sempat ditangkap skrin oleh seseorang lalu disebarkan di media sosial.


Memetik seorang netizen yang menggunakan nama Seademon, Maszlee menerima kecaman oleh warganet kerana berdiam diri ketika aktiviti bauksit dijalankan semula oleh kerajaan yang diwakilinya yang sebelum itu beliau beria-ia membantahnya.

Maszlee teruk di-troll oleh netizen termasuk pengikutnya sendiri kerana 'cakap tidak serupa bikin' dan cuba mengaburi penyokongya dengan memadamkan hantarannya itu semalam. - AbuLeman



Maszlee kantoi padam posting lama bantah bauksit Maszlee kantoi padam posting lama bantah bauksit Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...