Maszlee batal program Najib di UKM



Bulan November lepas, Maszlee kata dia mempelawa ahli politik pembangkang masuk ke universiti awam untuk berkongsi idea.

Dia kata ini Malaysia Baru, tahu?


Dia kata ini dasar kementeriannya untuk menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka. Rujuk di sini.

Dengan itu, saya telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa UKM untuk menghadiri satu program di UKM Bangi petang ini.


Semua proses permohonan dan kelulusan yang berkenaan telah diperolehi oleh Persatuan ini.

Tetapi, selepas PH dengar saya akan hadir, mereka tiba-tiba bermesyuarat tengah hari semalam untuk "tangguhkan" program ini. Rujuk di sini.


Mereka kata program ini ditangguh bukan dibatal.

Tetapi ianya ditangguh tanpa sebab dan tanpa tarikh baru diberikan.

Maksudya, sudah batallah tu..


Mungkin Maszlee terasa kerana saya troll dia terlalu banyak kali sehingga dia terpaksa cakap tak serupa bikin sekali lagi.

Sebenarnya saya sudah sedia untuk pakai kasut hitam ke forum ini sebagai tanda sokongan saya kepada beliau.

Tak mengapalah.

Saya Ok. Saya faham.



Program Najib yang dibatalkan dengan menggunakan istilah 'tangguh'



Program Najib ditukar ke lokasi baru di luar UKM

Maszlee batal program Najib di UKM Maszlee batal program Najib di UKM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...