Marzuki: Saya graduan Cambridge, percayalah...


Mana buktinya..?

GEORGETOWN: Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya akan mengemukakan bukti mengesahkan beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Katanya, ia bagi menyangkal dakwaan bahawa beliau membohongi rakyat berhubung latar belakang pendidikan yang dikatakan dibuat menerusi program pendidikan jarak jauh (PJJ).

“Ini adalah permainan politik dan beranggapan ia perlu diselesaikan polis kerana ada pihak tampil membuat laporan mengenainya. Saya tak mahu komen lebih, yang penting saya menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Keutamaan untuk tugas dan tanggungjawab kepada negara. Saya akan kemukakan bukti dan serahkan kepada pihak polis untuk mereka selesaikan siasatan perkara ini.

“Hal ini (dakwaan) perkara biasa dalam politik, ditohmah dengan pelbagai tuduhan tak berasas, tetapi akan cari penyelesaian terbaik, jika kalau ia berlarutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Kewangan bersama Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef tampil membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan ke atas Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Ia susulan pendedahan seorang warganet dikenali Zulfarhan Pargon menerusi akaun Facebook kelmarin, yang mendakwa program PJJ dari Universiti Cambridge yang diikuti Marzuki itu tidak wujud. - BH

ARTIKEL BERKAITAN : PANAS: Timbalan Menteri kantoi 'beli' ijazah palsu Universiti Cambridge




Marzuki: Saya graduan Cambridge, percayalah... Marzuki: Saya graduan Cambridge, percayalah... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...