Marzuki kantoi tipu lagi, pengalaman kerja 30 tahun sejak umur 18



Selepas pembongkaran penipuan Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya berkenaan dengan pemilikan ijazah palsu dari Universiti Cambridge, England, terbaru timbul pula penipuan timbalan menteri itu tentang pengalaman bekerjanya yang diselitkan di dalam pengenalan dirinya di laman rasmi kementerian itu.

Marzuki mendakwa mempunyai 30 tahun pengalaman di dalam bidang industri perkapalan sehingga pengalamannya itu berjaya menjadikannya sebagai seorang pengarah syarikat di industri yang sama.

Tetapi berlaku sedikit kekeliruan apabila merujuk kepada tahun lahirnya iaitu pada tahun 1970 di mana umur beliau pada ketika ini sepatutnya 48 atau 49 tahun.

Jika benar pengalaman beliau di dalam industri kapal adalah 30 tahun, ini bermakna beliau mula menjebakkan diri dalam bidang itu pada umur 18 atau 19 tahun.

Fakta ini menimbulkan tanda tanya di kalangan warganet, adakah benar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang itu memula kariernya pada umur 18 atau 19 tahun?

Pada umur berapa pula ijazah di Universiti Cambridge dimulakan dan ditamatkan?

Adakah Marzuki berbohong di dalam semua hal, kerana di dalam urusan rasmi seperti ini pun dilihat ketidak telusannya dalam memberikan kandungan yang tepat? - AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN :

PANAS: Timbalan Menteri kantoi 'beli' ijazah palsu Universiti Cambridge

Marzuki: Saya graduan Cambridge, percayalah...



Marzuki kantoi tipu lagi, pengalaman kerja 30 tahun sejak umur 18 Marzuki kantoi tipu lagi, pengalaman kerja 30 tahun sejak umur 18 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...