Perkataan #MaluApaBossku bermaksud 'aku seorang Yahudi'



Tipikal Melayu, semuanya Yahudi. Itulah juga yang terjadi kepada tagline 'Malu apa bossku' yang turut dikatakan berasal dari Yahudi.

"maluapabossku" diambil dari perkataan yahudi iaitu maloipoibossankue yang bermaksud "aku seorang yahudi", menurut satu akaun Twitter @farahidor.


Mengikut pencarian di google, perkataan 'saya seorang yahudi' jika ditulis di dalam Hebrew adalah 'אני יהוד' dan cara sebutanya juga bukanlah 'maloipoibossankue'.

Seorang pengguna twitter @rflias turut menambah di ciapannya, jika yahudi, dia akan guna בושה מה הבוס שלי yang bermaksud malu apa bossku yang mungkin diambil dari google translate.


Ciapan @farahidor mendapat kecaman ramai dan tidak kurang juga yang menyokongnya dengan alasan ia hanya ciapan sarkastik sahaja.

Bagaimanapun tidak diketahui sejauh mana keseriusan @farahidor dengan ciapan yahudinya itu memandangkan tiada ciapan selanjutnya berkenaan hal yang sama. - AbuLeman



Perkataan #MaluApaBossku bermaksud 'aku seorang Yahudi' Perkataan #MaluApaBossku bermaksud 'aku seorang Yahudi' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...