Gema ‘Malu Apa Bossku’ di AJL, TV3 didesak mohon maaf


Takut sungguh puak PH dengan aura Najib Razak

SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) supaya mendesak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membiarkan pengacara Sherry Al Hadad menyebut ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ ketika siaran langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam kelmarin.

Individu yang dikenali sebagai Shamsul Omar itu juga mahu ungkapan tersebut ditapis untuk siaran ulangan mahupun untuk simpanan arkib pihak TV3.

Shamsul bimbang ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ akan mempengaruhi rakyat dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosial.



“Kita perlu lebih tegas dalam menangani pengaruh negatif yang dibawa bekas PM yang semakin melampau mempengaruhi rakyat menerusi media sosial,” katanya.

Sementara itu, Najib nyata teruja kerana slogan kempennya disebut pada malam yang penuh gilang gemilang itu.

“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi posting berikutnya, Najib memuat naik gambar beliau menampal pelekat slogan berkenaan di beberapa motosikal.

“Lekat cantik-cantik sticker (pelekat), AJL pun dah sebut,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #maluapabossku. - CempedakCheese



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]





Gema ‘Malu Apa Bossku’ di AJL, TV3 didesak mohon maaf Gema ‘Malu Apa Bossku’ di AJL, TV3 didesak mohon maaf Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...