“Malu Apa Bossku” merebak ke Korea, Arab, Morocco



KUALA LUMPUR 1 Feb.  – Nampaknya trend 'Malu apa bossku' oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menjadi sebutan di Malaysia, malah telah merebak ke luar negara.

Seorang pengguna laman media sosial Twitter, Jepi baru-baru ini telah memuat naik klip video sekumpulan pelajar Korea Selatan menyebut perkataan troll itu beramai-ramai sambil ketawa.

Video tersebut menerima lebih 7,000 ‘retweet’ dan lebih 5,000 tanda suka.

Selain Korea, dapat dilihat pengguna yang lain juga memuat naik klip video telatah orang ramai dari pelbagai negara seperti Arab Saudi, Maghribi, Thailand dan Paris.

Trend 'Malu apa bossku' kini menjadi sebutan di semua lapisan masyarakat, kaum dan umur hingga golongan tua dan anak-anak kecil juga turut tidak ketinggalan merakamkan telatah mereka.

Siapa tahu mungkin selepas ini troll ‘Malu apa bossku’ akan menjadi fenomena seperti lagu Gangnam Style nyanyian Psy. - UO/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
“Malu Apa Bossku” merebak ke Korea, Arab, Morocco “Malu Apa Bossku” merebak ke Korea, Arab, Morocco Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...