Maklumat pendidikan Marzuki di Wikipedia dikemaskini



SETELAH beberapa individu mendedahkan penipuan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berhubung status pengajiannya di Universiti Cambridge, hari ini dapat dilihat berlaku perubahan pada kategori pendidikannya laman Wikipedia.

Jika sebelum ini Marzuki mendakwa mendapatkan ijazah sarjananya di Universiti Cambridge di England, hari ini maklumat itu telah diubah kepada Universiti Antarabangsa Cambridge yang terletak di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun alamat lengkap universiti tersebut tidak dapat diperolehi di laman web yang dikongsikan.



Selain banyak kandungan di dalamnya yang mencurigakan, laman web itu juga hanya menggunakan platform wordpress di mana tidak selayaknya satu insitusi yang besar dan gah melainkan jika ia adalah satu 'scam' atau satu platform menjual sijil akademik palsu.

Semalam Marzuki telah tampil menjawab pendedahan itu dengan berjanji akan mengemukakan sijil ijazah aslinya sebagai bukti beliau adalah graduan dari Universiti Cambridge, namun sehingga kini masih tiada apa-apa khabar berita berkenaan hal itu.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengisytiharkan mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cambridge, United Kingdom (Bachelor's Degree in Business Administration from the University of Cambridge) yang diambil secara jarak jauh.



Bagaimanapun pihak Universiti itu telah menafikan tidak menawarkan sebarang pengajian jarak jauh bagi sebarang pengajian ijazah seperti yang didakwa oleh Marzuki.

Marzuki juga dikatakan sedang merebut jawatan menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri yang diwa-warkan akan diumumkan pada Mac nanti. - AbuLeman


Maklumat pendidikan Marzuki di Wikipedia dikemaskini







Maklumat pendidikan Marzuki di Wikipedia dikemaskini Maklumat pendidikan Marzuki di Wikipedia dikemaskini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on February 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...